Saturday, December 25, 2010

SIKAP (ATTITIUDE)

PERUBAHAN SIKAP


Bila kita sebut tentang sikap, kita akan mengaitkan dengan manusia. Untuk merubah struktur sikap sesaorang manusia adalah merupakan satu kepayahan dimana-mana dalam dunia ini. Sikap manusia haruslah dipupuk daripada masih kecil lagi ibarat pepatah melayu berkata kalau hendak melentur buloh biarlah daripada rebungnya.

Dalam mana-mana sistem pembelajaran, sikap adalah salah satu yang dinilai selain daripada pengetahuan dan kemahiran. Ini menunjukkan betapa penting aspek mengawal sikap manusia dalam semua aspek pekerjaan baik di dalam kerajaan, swasta atau persendirian.

Ruang minda ini membuka topik untuk dikongsi bersama berkenaan dengan perubahan sikap terutama pemandu yang berada di negara ini. Kita baru-baru ini dikejutkan dengan kemalangan jalan raya yang meragut 25 nyawa rakyat asing dan 2 daripada negara kita. Kemalangan ngeri ini mungkin berlaku disebabkan kecuaian manusia atau masalah teknikal kepada kenderaan.








Disinilah pentingnya tentang sikap, jika disebabkan oleh kecuaian manusia ianya adalah merupakan perkara yang amat malang kerana kurangnya kesedaran tentang keselamatan penumpang , kesabaran dan cara pemanduan berkhemah yang telah lama disaran oleh pihak kerajaan. Jika disebabkan masalah teknikal kenderaan, ianya juga mungkin berpunca daripada sikap sambil lewa manusia yang menyelenggarakan kenderaan tersebut tanpa mempedulikan risiko yang akan berlaku jika kenderaan tersebut tidak diselenggarakan dengan baik.

Pihak berkuasa telah menamakan operasi sikap atau op sikap setiap kali musim perayaan tetapi malang kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan parah tetap berlaku saban tahun dan amat mendukacitakan, adakah ini disebabkan masalah kenderaan atau sikap pemandu yang sengaja menempah maut. Bagaimanakah cara yang paling amat sesuai untuk merubah sikap pemandu apabila berada di jalan raya, adakah dengan kompaun yang maksima, gantung lesen atau sebagainya.

Penulis telah beberapa kali pergi ke luar negara. Antara negara yang pernah dilawati adalah Australia sebuah negara yang berada dirantau Asia. Saya diberitahu bahawa kadar kemalangan jalanraya di negara tersebut adalah amat terkawal, ini disebabkan sikap pemandu dinegara tersebut adalah amat konsisten. Pemandu disana akan mematuhi setiap tanda atau amaran yang diletakkan sepanjang jalan dan lebuhraya. Saya merasakan ada kelainan yang amat ketara yang membolehkan mereka membentuk sikap pemandu yang amat berkhemah apabila berada dijalanraya. Penulis sendiri telah memandu daripada Sydney ke Canberra dan seterusnya ke Melbourne dan berpatah balik semula ke Sydney sepanjang lebih kurang 1800 km. Pada hemat penulis berdasar maklumat yang diberitahu dan melihat sendiri cara rakyat dinegara tersebut memandu dan menggunakan jalanraya dengan sebaik mungkin mendorong perasaan penulis dan berkata kalaulah ianya berlaku di negara sendiri alangkah baiknya.

Penulis mula betanya kepada beberapa kenalan disana apakah resepi yang membolehkan perubahan sikap setiap individu dalam perkara ini. Mereka tetap mengatakan seperti perumpaan melayu yang telah dinayatakan sebelum ini iaitu kalau hendak melentur buloh biarlah daripada rebungnya. Mereka menyatakan bermula seawal pendidikan pra sekolah sehingga akan memasuki universiti, pelajar-pelajar akan terus didedahkan dengan cara mengawal sikap dalam semua aspek ataupun yang dipanggil civic minded.
Bila memeperkatakan sikap manusia akhirnya penulis merumuskan bahawa ini adalah fitrah manusia yang mungkin tahu tetapi kadang-kadang buat tak tahu, sebagai contoh seperti berikut:
- Memandu laju boleh kena saman dan membawa maut - tapi bila berada dijalan raya manusia lupa walaupun dia adalah orang yang bijak dan mempunyai ijazah kedoktoran dalam pembangunan sikap manusia. Tanda 110 dan menjadi 160
- Menghisap rokok adalah membahayakan kesihatan - tapi manusia tetap merokok walaupun perokok itu seorang doktor pakar yang terkenal. Tanda amaran oleh kerajaan merokok membahayakan kesihatan .

Friday, December 24, 2010

RUMAH

CERITA-CERITA TENTANG RUMAH

Bila cerita tentang rumah, saya masih ingat semasa kecil dikampung duduk di dalam rumah yang diperbuat daripada atap nipah dan dinding papan, maklumlah orang kampung pada masa tersebut tidak mampu untuk membuat rumah yang lebih moden kerana tahap ekonomi yang tidak mengizinkan. Kalau diingatkan rumah beratap nipah amat sejuk kerana ianya amat sesuai sebagai bahan penahan panas terik cahaya matahari. Tak payah pasang penghawa dingin. Masih ada lagikah yang meminati binaan rumah beratap nipah.



Rumah atap nipah


Bila ekonomi dah agak kukuh baru rumah kampung tersebut ditukar kepada rumah yang lebih moden. Papan masih dikekalkan tetapi binaan atap ditukar kepada zing. Kalau sebut pasal binaan atap daripada zing bahang kepanasan akan terasa. Oleh itu orang kampung terpaksa memasang siling rumah bagi mengelakkan udara yang terlalu panas. Pada masa sekarang panas tidak menjadi masaalah kerana boleh memasang penghawa dingin.


Rumah atap zing


Bila ekonomi lagi kukuh rumah kampung yang lebih moden dibina dengan ukiran yang agak unik, binaan masih daripada kayu tetapi atapnya bertukar kepada abestos atau genting. Siling yang diperbuat daripada plywood tidak digunakan lagii mungkin diganti dengan siling daripada abetos.


Rumah atap genting

Walau bagaimanapun pada masa sekarang perkampungan melayu dah mula menukar binaan rumah kampong tradisional kepada rumah yang lebih murah dan senang di baikpulih. Bangunan berasaskan batuan telah mula dibina dan kosnya pun agak murah. Pilihan atap rumah boleh dipelbagaikan samaada mengunakan zing kilang atau genting. Siling rumah pun telah menggunakan siling gantung atau fixed ceilling (kornis). Kepada yang mungkin mempunyai harta yang banyak mereka akan membuat banglo mewah di kawasan pekampungan. Penghawa dingin adalah satu kemestian pada masa sekarang kepada yang mampu.


Rumah kampung berasaskan daripada binaan batu


Rumah banglo dikampung

Bila cerita tentang kehidupan dikampung kita akan teringat zaman kita masih kanak-kanak duduk dikampug dan besekolah dikampung sehingga kita keluar samada masuk ke asrama penuh atau dah memulakan penghidupan baru diluar kawasan atau berhijrah kebandar kerana berkerja atau sebagainya. Keseronokan alam kanak-kanak dan remaja semasa dikampung masih dapat dirasakan. Walaupun dalam keadaan ekonomi yang agak perlahan dikampung tetapi tak dapat dinafikan semangat dan cara penghidupan dikampung pada masa dahulu penuh dengan semangat kerja sekampung dalam apa aspek tentang hidup bermasyarakat. Bak kata pepatah yag ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul. Kita mengharapkan agar ianya masih berkekalan.

Pada masa sekarang kita mungkin telah berhijrah kekawasan lain terutama di bandar, cara penghidupan amat bebeza jika dibanding dengan kampung. Disini orang sibuk bekerja pagi keluar malam baru balik, mungkin disebabkan masalah ini kekadang jiran sebelah menyebelah pun kurang kenal. Mungkin faktor kesibukan, percampuran kaum yang kurang seimbang dan lain-lain mungkin menjadi faktor penyebab yang tidak membolehkan nilai cara kampung dipraktikan sepenuhnya. Kalau cerita pasal rumah dibandar memang hebat penuh dengan kemewahan walaupun kawasan tersebut boleh dikatakan rumah setinggan.



Rumah dalam bandar


Rumah banglo dibandar

Kalau kita bercerita tentang rumah memang pelbagai rumah yang dibina dimasa kini terutama dibandar besar dan ada yang dikenali sebagai rumah kaca. Bila saiznya menjadi besar dan tinggi ianya dipanggil bangunan sehingga bangunan pencakar langit.

Dalam kesibukan manusia mebangunkan pasarana dan kemudahan untuk orang ramai ada juga dikalangan makhluk yang bukan bernama manusia turut menikmati kemudahan yang dibuat oleh manusia. Kelompok ini menggunakan dengan percuma dan ianya juga menjadi daya tarikan kepada manusia untuk berhibur dan melihat gelagat kelpompok ini asalkan diberikan habuan. Alangkah baiknya manusia di negara ini, agaknya kelompok ini juga dalam 1 Malaysia.


Kelompok haiwan ini juga berasa selesa tinggal rumah ini


Kelompok haiwan yang berehat untuk menunggu habuan