Bila ekonomi dah agak kukuh baru rumah kampung tersebut ditukar kepada rumah yang lebih moden. Papan masih dikekalkan tetapi binaan atap ditukar kepada zing. Kalau sebut pasal binaan atap daripada zing bahang kepanasan akan terasa. Oleh itu orang kampung terpaksa memasang siling rumah bagi mengelakkan udara yang terlalu panas. Pada masa sekarang panas tidak menjadi masaalah kerana boleh memasang penghawa dingin.
Rumah atap zing
Bila ekonomi lagi kukuh rumah kampung yang lebih moden dibina dengan ukiran yang agak unik, binaan masih daripada kayu tetapi atapnya bertukar kepada abestos atau genting. Siling yang diperbuat daripada plywood tidak digunakan lagii mungkin diganti dengan siling daripada abetos.
Rumah atap genting
Rumah kampung berasaskan daripada binaan batu
Rumah banglo dikampung
Bila cerita tentang kehidupan dikampung kita akan teringat zaman kita masih kanak-kanak duduk dikampug dan besekolah dikampung sehingga kita keluar samada masuk ke asrama penuh atau dah memulakan penghidupan baru diluar kawasan atau berhijrah kebandar kerana berkerja atau sebagainya. Keseronokan alam kanak-kanak dan remaja semasa dikampung masih dapat dirasakan. Walaupun dalam keadaan ekonomi yang agak perlahan dikampung tetapi tak dapat dinafikan semangat dan cara penghidupan dikampung pada masa dahulu penuh dengan semangat kerja sekampung dalam apa aspek tentang hidup bermasyarakat. Bak kata pepatah yag ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul. Kita mengharapkan agar ianya masih berkekalan.
Pada masa sekarang kita mungkin telah berhijrah kekawasan lain terutama di bandar, cara penghidupan amat bebeza jika dibanding dengan kampung. Disini orang sibuk bekerja pagi keluar malam baru balik, mungkin disebabkan masalah ini kekadang jiran sebelah menyebelah pun kurang kenal. Mungkin faktor kesibukan, percampuran kaum yang kurang seimbang dan lain-lain mungkin menjadi faktor penyebab yang tidak membolehkan nilai cara kampung dipraktikan sepenuhnya. Kalau cerita pasal rumah dibandar memang hebat penuh dengan kemewahan walaupun kawasan tersebut boleh dikatakan rumah setinggan.
Rumah dalam bandar
Rumah banglo dibandar
Kalau kita bercerita tentang rumah memang pelbagai rumah yang dibina dimasa kini terutama dibandar besar dan ada yang dikenali sebagai rumah kaca. Bila saiznya menjadi besar dan tinggi ianya dipanggil bangunan sehingga bangunan pencakar langit.
Dalam kesibukan manusia mebangunkan pasarana dan kemudahan untuk orang ramai ada juga dikalangan makhluk yang bukan bernama manusia turut menikmati kemudahan yang dibuat oleh manusia. Kelompok ini menggunakan dengan percuma dan ianya juga menjadi daya tarikan kepada manusia untuk berhibur dan melihat gelagat kelpompok ini asalkan diberikan habuan. Alangkah baiknya manusia di negara ini, agaknya kelompok ini juga dalam 1 Malaysia.
Kelompok haiwan ini juga berasa selesa tinggal rumah ini
5 comments:
Hello Mej. Baharudin, very nice posting. I love it as especially I have always love kampong life.
My school days I used to follow my Malay friends balek kampong school holidays.
Mandi perigi pagi2, alamak! Sejuk ayer tu!
And lepas dua hari da pandai throw that pail down the well bring up a full pail of water.
But saya takut pakai sarong. Takut jatuh. Lecheh tu if ada girls around, ha ha.
Petang tengok peumpuan kampong mandi pulak, ha ha ha. Nakal kan? Ha ha.
I love the beautiful homes you posted here, especially the first picture.
From Canada, wishing you the best of Seasons greetings. Happy holidays, Mej. Baharudin. Lee.
Hello Lee, thank for droping my blog. Memang saya sangat suka pada kampung saya. Balik kampung mesti memancing near sungai at my house. Happy holidays, Mr Lee. Baha
Hi Mej. Baharudin....saya suka fishing.
Okay, bila saya balek kampong one of these days, kita pergi fishing....you take me. We fish, eat goreng pisang, buka cheritas, ha ha.
Wishing you and family a very happy new year. Best regards, Lee.
Salam Mej Baharudin,
Cuma ingin beri tau . . . saya (Uda) telah memasuki & mengikuti blog sdr.
Buat permulaan saya tertarik kepada penulisan tentang cerita 'rumah' & 'perumahan' yang sdr paparkan.
Saya memang meminati reka bentuk rumah tradisional khasnya . . . tetapi malangnya sekarang kos untuk membina rumah berciri tradisional agak tinggi.
Selamat meneruskan penulisan yang menarik sebegini rupa.
Saudara Mejar Baharudin,
Singgah bertanya khabar. Semuga saudara sihat dan dilindungi Allah s.w.t. hendaknya.
Post a Comment