Sunday, November 21, 2010

KELAB GOLF SERI DELIMA


KELAB REKREASI BAGI ANGGOTA TENTERA DAN AWAM DI KLUANG

Kalau cerita pasal permainan golf ditempat inilah saya memulakan karier permainan golf pada tahun 1996 yang menjadi sukan kegemaran kepada sebahagian warga tentera dan awam di Daerah Kluang Johor. Bertempat di sebuah kem tentera iaitu di kem Batu 3 Jalan Mersing Kluang Johor.


Kelab ini telah mula dibuka dalam sekitar tahun 80an yang bertujuan untuk memberi galakan kepada angota tentera di Kem Mahkota untuk bermain golf, ianya dijadikan sebuah kelab yang bergabung dbawah pertubuhan yang dikenali sebagai Kelab Rekreasi 7 Briged.

Setelah beberapa kali diubah suai akhir kelab seri delima ini telah dibuka kepada orang awam memandangkan kurangnya kemudahan untuk bermain golf di Daerah Kluang terutama kepada orang yang baru berjinak-jinak dengan permainan golf. Terdapat sebuah kelab golf di Kluang yang telah dibina pada zaman penjajah yang kemudiannya dijadikan kelab golf kakitangan kerajaan iaitu Kelab Golf Kluang. Kelab ini telah dijadikan kelab awam dan terlalu padat terutama dihujung minggu. Kepada pemain-pemain yang dikenali sebagai "beginner" mula mengintai kelab yang mungkin memberikan kemudahan permainan kepada mereka. Tidak hairanlah ramai orang awam kini bermain di Kelab Golf Seri Delima dan kebanyakan mereka kini adalah merupakan pemain-pemain golf yang handal di Daerah Kluang.

Green yang mungkin dianggap terbaik di Kluang

Padang golf 9 lubang ini dikatakan mempunyai taraf yang sama dengan Kelab Golf Kluang dan kemungkinan greennya mungkin lebih baik daripada kelab tersebut. Kelab Golf Seri Delima menyedia kemudahan seperti berkut:

Rumah Kelab (Club House)
Lapangan latihan (Driving Range)
Kantin
Tempat meletak kenderaan
Khidmat jurulatih profesional


Kelab ini juga dibuka kepada orang luar daripada daerah Kluang yang ingin bermain dengan bayaran RM 25.00 (green fees). Dengan yuran ini pemain golf boleh bermain dari awal pagi hingga ke petang tanpa dikenakan bayaran yang lain.

Driving Range

Kepada pemain golf yang ingin mencuba pihak kelab amat mengalu-alukan dengan kondis padang yang baik dan rata yang amat bersesuaian kepada pemain golf untuk menjalan sesi latihan disini. Lapangannya dilihat agak senang tetapi sesiapa yang dah bermain mengatakan memang sukar bermain disini.


Pemain golf sedang menunggu teman yang lain

Pemain sedang bersiap sedia untuk memulakan permainan

Salah seroang peman golf sedang memulakan tee off

3 comments:

Lee said...

Hello Mej. Baharudin. I love this golf club. Very nice.
You play golf? Whats your handicap?
Tentu about 5? or below?

I don't play golf, fishing is my game, ha ha....but bila saya senang I go to a nearby river, bring my fishing net and a stick and pick up golf balls in the sungei.

You wouldn't believe it! There's hundreds of golf balls in the river! I collect them, bring home chuci and keep some, give away to small kids to play with.

Next to the sungei ada tiga golf clubs and I think banyak orang ada 'L' lisence main gold, pukul masuk sungei, ha ha.
You have fun, Mej. Lee.

Unknown said...

Driving range itu bersebelahan dengan perumahan Padang Tembak. Jaring yang di pasang adakah mengikut piawaian? Sepertinya tidak cukup tinggi. Bola yang dipukul pemain kerap memasuki kawasan perumahan. Aduan telah diusulkan tetapi bagaikan tiada jawapan. Kerugian banyak di tanggung pemilik rumah akibat kerosakan daripada pukulan bola tersebut. Minta pihak kelab dan kem lebih bertanggungjawab. Apabila mengadu, di marahinya pula terpekik menjerit, memang tidak mencerminkan sikap ahli pegawai tentera.

Unknown said...

Nice place