Monday, November 7, 2011

REALITI, KUALITI, KUANTITI DAN KEHIDUPAN



Assalamualaikum kepada teman-teman yang mengenali penulis, telah lama rasanya penulis tidak mengarap pena dalam laman ini. Pada kesempatan ini penulis ingin melemparkan beberapa tajuk persoalan yang patut direnungi dan difikirkan bagi wadah titipan minda bistari yang mungkin dapat merungkai segala permasalahannya.

Persolan Pertama:Umum

Kemalangan jalan raya saban hari amat mengerunkan dan membimbangkan sehingga merisaukan pemimpin negara dan rakyat jelata, terutama setiap kali musim perayaan banyak korban manusia nyawa melayang bagai tiada harga. Pertambahan kuantiti kematian dari hari kesehari amat membimbangkan. Setiap kali berlaku musibah ini, ramai yang menuding jari atas sikap pemandu yang tidak berdisplin yang memandu secara melulu dan menghambat matlamat yang dituju dengan memandu diluar batas had yang ditentukan.


Apakah pengajaran yang diperolehi oleh masyarakat dalam perkara ini, nampak kelihatan yang jelas tiada perubahan yang berlaku walaupun tindakan susulan yang dibuat oleh semua agensi kerajaan terutam PDRM dan JPJ nampak jelas kegagalannya yang diakui sendiri oleh KPN.

Penulis membuka minda untuk dicambahkan berdasarkan fatkor berikut.

a. Lambakan kereta individu dan perdagangan tidak dikawal atau dibiarkan bertambah beberapa lipat ganda daripada jumlah penduduk Malaysia.

b. Kawalan mungkin tidak dibuat memandangkan ianya adalah salah satu cabang perniagaan yang merangsang pertumbuhan ekonomi dalaman negara. Ianya juga secara tidak langsung merupakan satu pertambahan dalam kualiti hidup pada masa sekarang. Jika anda tidak mempunyai kereta mungkin dipandang rendah kerana pada masa sekarang rata-rata penduduk Malaysia mampu untuk memiliki satu rumah satu kenderaan.

c. Jika kenderaan yang ada di Malaysia ini dibaris atur di atas lebuhraya, pada hemat saya berkemungkinan panjang deretan kenderaan akan lebih panjang mungkin 3 atau 4 kali ganda daripada panjang lebuhraya gamaknya.

b. Jika difikirkan semula kereta umpama sebuah mesin yang kadangkala amat berguna dan kadangkala ianya membuat ramai berdukacita disebabkan keceraan parah yang mebawa cacat kekal dan kematian yang tidak disangka-sangka dalam kemalangan ngeri yang meragut ramai nyawa. Sikap pemandu yang tidak berdisplin, suka berlumba atau menjadi pembuli jalan raya amat dikesali. Kelajuan mesin yang dicipta oleh manusia akhir membawa bencana kepada manusia sendiri.

1 comment:

Lee said...

Hello Mej. Baharudin, Here's wishing you and family the very best of the new year.
Happy new year, my friend.
You stay young and keep well.
Best regards.
Lee.