Sunday, August 12, 2012

PERINGATAN KEPADA YANG LUPA - MAKHLUK BERNAMA MATI 

Kematian adalah perhentian bagi makhluk yang hidup di atas dunia ini. Ianya adalah tanda penghabisan dan bukti akhirnya hidup. Kematian adalah merupakan makhluk yang misteri dan berani yang dapat menembusi dinding, mendaki, menyelam dan sebagainya. Ianya juga merupakan makhluk yang tidak dapat dilihat dan ditangkap atau dipenjarakan dan kedatangannya tidak dapat dihalang oleh makhluk kecuali Allah SWT kerana telah menciptakan makhluk yang bernama mati. 

Firman Allah SWT "Di mana sahaja kamu berada kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada dalam benteng yang tinggi dan kukuh." An-Nisa, 78. 

Firman-Nya lagi "Katakanlah "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu."" Al-Jumaah, 8. 

Kematian sentiasa mendatangi seseorang tanpa diundang dan kematian adalah merupakan tetamu yang tidak pandai bertangguh-tangguh. Manusia disisi kematian adalah sama, tidak mengira darjat atau pangkat, kaya atau miskin, raja atau rakyat jelata. Mereka pasti akan didatangi oleh tetamu yang tidak diundang ini. Kematian tidak memiliki waktu yang tertentu apabila akan datang. Kedatangannya sungguh menakjubkan, khabar beritanya tidak kedengaran dan sentiasa datang dengan tiba-tiba, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.  

Renungkanlah sejenak. 

Minda fikir 
Mej Baharudin Noryat 
Kluang Johor 

120536 Ogos 2012

No comments: