Saya sudah menetap di Kluang sudah hampir masuk tahun ke 25. Satu jangkamasa yang agak panjang untuk seorang tentera seperti saya yang sepatutnya dan kebiasaannya akan bertukar ke unit baru antara 3 hingga 4 tahun. Ini bertujuan untuk menambah pengalaman bekerja seperti kata pepatah melayu "Banyak berjalan akan menambah pengalaman". Nampaknya tak banyaklah pengalaman saya kerana duduk terlalu lama di Kluang. apa boleh buat ini semua kehendak perkhidmatan.
Pada mulanya saya tidak bercadang untuk bermastautin di Kluang, saya berangan-angan untuk menetap di Bandaraya Kuala Lumpur, maka saya pun membeli rumah di Kuala Lumpur pada tahun 1989. Tapi apabila tempuh perkhidmatan saya dah sampai ke penghujungnya iaitu saya akan menamatkan perkhidmatan atau bersara wajib pada 24 Apr 2012, saya mula menukar fikiran untuk menetap di Kluang kerana saya mempunyai ramai teman dan kenalan disini, samada tentera, bekas tentera dan orang awam. Ini disebabkan kemungkinan jiwa saya sudah merasakan tidak sesuai untuk menetap di Bandaraya Kuala Lumpur yang padat, terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti ditambah dengan kesesakan lalu lintas yang saban hari menjadi-menjadi seperti tiada kesudahannya.
Saya nekad dan membuat keputusan untuk terus menetap di Kluang Johor. Pada tahun 2009 saya telah membeli sebuah rumah teres dua tingkat di satu kawasan yang dikenali sebagai Taman Seri Impian beralamat di No 808, Jalan 1/18 taman Seri Impian, 86000 Kluang, Johor dengan harga RM 232.000.00. (tak mahal pun murah aje - rumah harga RM 190.000.00, tapi insurannya mahal RM 42,000.00 kerana saya membuat pinjaman setelah umur melebehi 50 tahun).
Setelah rumah siap sepenuhnya saya mula merancang untuk mengubahsuai dapur dan dalaman rumah supaya ianya lebih luas dan menarik sebelum memasuki rumah baru ini. Melantik tukang untuk mengubahsuai rumah tersebut. Saya beruntung kerana mendapatkan khidmat tukang yang profesional yang telah 20 tahun berkecimpung membuat ubahsuai dalaman dan luar rumah-rumah kampung, taman atau sebagainya.
Nampaknya ubahsuai rumah saya pun dah 50 peratus siap, berkemungkinan saya akan pindah kerumah baru pada bulan Dis ni,terasa lega kerana saya sudah mempunyai tapak persediaan yang lebih selesa sebelum saya menamatkan perkhidmatan tentera yang telah ceburi sudah menjangkau 34 tahun. Saya masih belum mempunyai rancangan samada nak bekerja atau jadi persara sepenuhnya.
Pelan lokasi Taman Seri Impian
7 comments:
2012 sir retired?? apa akan jadi kat ied/eod rajd??? Sapa penganti tuan?
Tan apa khabar salam sejahtera pada awak. Ada ramai yang menggantikan saya, saya sangat yakin pada bekas anak murid saya untuk meneruskan kesinambungan kursus penyelia pemusnahan. Saya rasa saudara tentu setuju dengan saya kerana saya telah melatih mereka termasuk saudara tapi apa boleh buat saudara dah pun berhenti. well have a nice day Tan best regard - Mej Baha
Salam Tuan, boleh emailkan saya tak contact@syarikat yg buat renovation rumah Tuan.
Ni email saya, ashrafalmi@gmail.com
Terima kasih Tuan.
Salam Tuan, saya ummu atiqah.sedang mencari kontraktor renovation rumah si kluang.boleh emailkan saya tak contact@syarikat yg buat renovation rumah Tuan.
Ni email saya,rooron_89@yahoo.com.my
Terima kasih Tuan.
Salam Tuan, boleh emailkan saya tak contact@syarikat yg buat renovation rumah Tuan.
Ni email saya, method888@gmail.com
Terima kasih Tuan.
Assalam..tn bole bg contact@ syrkt yg buat renovation umh tn..
Salam Tuan, boleh emailkan saya tak contact syarikat yg buat renovation rumah Tuan.
Ni email saya, sitinuratikahismail01@gmail.com@gmail.com
Terima kasih Tuan.
Post a Comment