Saturday, December 25, 2010

SIKAP (ATTITIUDE)

PERUBAHAN SIKAP


Bila kita sebut tentang sikap, kita akan mengaitkan dengan manusia. Untuk merubah struktur sikap sesaorang manusia adalah merupakan satu kepayahan dimana-mana dalam dunia ini. Sikap manusia haruslah dipupuk daripada masih kecil lagi ibarat pepatah melayu berkata kalau hendak melentur buloh biarlah daripada rebungnya.

Dalam mana-mana sistem pembelajaran, sikap adalah salah satu yang dinilai selain daripada pengetahuan dan kemahiran. Ini menunjukkan betapa penting aspek mengawal sikap manusia dalam semua aspek pekerjaan baik di dalam kerajaan, swasta atau persendirian.

Ruang minda ini membuka topik untuk dikongsi bersama berkenaan dengan perubahan sikap terutama pemandu yang berada di negara ini. Kita baru-baru ini dikejutkan dengan kemalangan jalan raya yang meragut 25 nyawa rakyat asing dan 2 daripada negara kita. Kemalangan ngeri ini mungkin berlaku disebabkan kecuaian manusia atau masalah teknikal kepada kenderaan.








Disinilah pentingnya tentang sikap, jika disebabkan oleh kecuaian manusia ianya adalah merupakan perkara yang amat malang kerana kurangnya kesedaran tentang keselamatan penumpang , kesabaran dan cara pemanduan berkhemah yang telah lama disaran oleh pihak kerajaan. Jika disebabkan masalah teknikal kenderaan, ianya juga mungkin berpunca daripada sikap sambil lewa manusia yang menyelenggarakan kenderaan tersebut tanpa mempedulikan risiko yang akan berlaku jika kenderaan tersebut tidak diselenggarakan dengan baik.

Pihak berkuasa telah menamakan operasi sikap atau op sikap setiap kali musim perayaan tetapi malang kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan parah tetap berlaku saban tahun dan amat mendukacitakan, adakah ini disebabkan masalah kenderaan atau sikap pemandu yang sengaja menempah maut. Bagaimanakah cara yang paling amat sesuai untuk merubah sikap pemandu apabila berada di jalan raya, adakah dengan kompaun yang maksima, gantung lesen atau sebagainya.

Penulis telah beberapa kali pergi ke luar negara. Antara negara yang pernah dilawati adalah Australia sebuah negara yang berada dirantau Asia. Saya diberitahu bahawa kadar kemalangan jalanraya di negara tersebut adalah amat terkawal, ini disebabkan sikap pemandu dinegara tersebut adalah amat konsisten. Pemandu disana akan mematuhi setiap tanda atau amaran yang diletakkan sepanjang jalan dan lebuhraya. Saya merasakan ada kelainan yang amat ketara yang membolehkan mereka membentuk sikap pemandu yang amat berkhemah apabila berada dijalanraya. Penulis sendiri telah memandu daripada Sydney ke Canberra dan seterusnya ke Melbourne dan berpatah balik semula ke Sydney sepanjang lebih kurang 1800 km. Pada hemat penulis berdasar maklumat yang diberitahu dan melihat sendiri cara rakyat dinegara tersebut memandu dan menggunakan jalanraya dengan sebaik mungkin mendorong perasaan penulis dan berkata kalaulah ianya berlaku di negara sendiri alangkah baiknya.

Penulis mula betanya kepada beberapa kenalan disana apakah resepi yang membolehkan perubahan sikap setiap individu dalam perkara ini. Mereka tetap mengatakan seperti perumpaan melayu yang telah dinayatakan sebelum ini iaitu kalau hendak melentur buloh biarlah daripada rebungnya. Mereka menyatakan bermula seawal pendidikan pra sekolah sehingga akan memasuki universiti, pelajar-pelajar akan terus didedahkan dengan cara mengawal sikap dalam semua aspek ataupun yang dipanggil civic minded.
Bila memeperkatakan sikap manusia akhirnya penulis merumuskan bahawa ini adalah fitrah manusia yang mungkin tahu tetapi kadang-kadang buat tak tahu, sebagai contoh seperti berikut:
- Memandu laju boleh kena saman dan membawa maut - tapi bila berada dijalan raya manusia lupa walaupun dia adalah orang yang bijak dan mempunyai ijazah kedoktoran dalam pembangunan sikap manusia. Tanda 110 dan menjadi 160
- Menghisap rokok adalah membahayakan kesihatan - tapi manusia tetap merokok walaupun perokok itu seorang doktor pakar yang terkenal. Tanda amaran oleh kerajaan merokok membahayakan kesihatan .

2 comments:

Unknown said...

Salam tuan, saya amat terpanggil untuk memberi pandangan saya tentang apa yang tuan suara berkenaan dengan sikap.

Sebenarnya, mentaliti rakyat malaysia perlu diubah secara total. Jika dilihat dari dulu hingga kini tahap pemikiran rakyat kita secara purata berada di kelas ketiga.

Saya beri contoh mudah. Pengalaman saudara saya bekerja di negara jiran di selatan tambak johor. Saudara saya pernah sekali menonton perlawanan bola sepak antara negara berkenaan dengan Jepun.

Apa yang menariknya bukan sikap warga negara berkenaan tapi warga negara pelawat, jepun. Setelah selesai perlawanan berkenaan, para penyokong jepun sama-sama mengutip sampah sarap yang mereka buat dan dibuang ke dalam tong sampah.

Dari jauh jika dilihat, bahagian penyokong Jepun amat bersih berbanding di bahagian penyokong Singapura.

Di sini saya dapat simpulkan, Jepun berjaya mendidik rakyatnya dari akar umbi hingga ke tahap berkenaan. Cuba lihat kemajuan negara mereka, memang tidak dapat disangkal lagi. Tuan lebih sedia maklum akan sikap orang jepun yang pernah berperang di Tanah Melayu dulu. Pemikiran yang positif mereka menyebabkan mereka dikagumi Barat ketika itu.

Oleh yang demikian, contoh yang beri tentang pemandu dijalanraya Malaysia memang terang-terang kita dapat lihat di mana saja. Asal pegang stereng, terus hilang lemah lembut sopan santun yang terkenal di Malaysia terutama kaum melayu.

Jadi, molek rasanya kita bersama mengamalkan cara hidup positif berteraskan peribadi seorang muslim yang dianjurkan dalam ajaran Islam. Sekurang-kurangnya kita dapat melihat perubahan demi walaupun sedikit di masa-masa yang mendatang.

From: Syidi_black

Lee said...

Hello Mej. Baharudin....
Alamak! Betul terok tu collission.
Kesian la tengok the people hurt or died.

That is a very bad accident or careless driving.
Banyak orang masuk hospital.
Kesian betul.
Lee.