Saturday, December 25, 2010
SIKAP (ATTITIUDE)
Friday, December 24, 2010
RUMAH
Bila ekonomi dah agak kukuh baru rumah kampung tersebut ditukar kepada rumah yang lebih moden. Papan masih dikekalkan tetapi binaan atap ditukar kepada zing. Kalau sebut pasal binaan atap daripada zing bahang kepanasan akan terasa. Oleh itu orang kampung terpaksa memasang siling rumah bagi mengelakkan udara yang terlalu panas. Pada masa sekarang panas tidak menjadi masaalah kerana boleh memasang penghawa dingin.
Rumah atap zing
Bila ekonomi lagi kukuh rumah kampung yang lebih moden dibina dengan ukiran yang agak unik, binaan masih daripada kayu tetapi atapnya bertukar kepada abestos atau genting. Siling yang diperbuat daripada plywood tidak digunakan lagii mungkin diganti dengan siling daripada abetos.
Rumah atap genting
Rumah kampung berasaskan daripada binaan batu
Rumah banglo dikampung
Bila cerita tentang kehidupan dikampung kita akan teringat zaman kita masih kanak-kanak duduk dikampug dan besekolah dikampung sehingga kita keluar samada masuk ke asrama penuh atau dah memulakan penghidupan baru diluar kawasan atau berhijrah kebandar kerana berkerja atau sebagainya. Keseronokan alam kanak-kanak dan remaja semasa dikampung masih dapat dirasakan. Walaupun dalam keadaan ekonomi yang agak perlahan dikampung tetapi tak dapat dinafikan semangat dan cara penghidupan dikampung pada masa dahulu penuh dengan semangat kerja sekampung dalam apa aspek tentang hidup bermasyarakat. Bak kata pepatah yag ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul. Kita mengharapkan agar ianya masih berkekalan.
Pada masa sekarang kita mungkin telah berhijrah kekawasan lain terutama di bandar, cara penghidupan amat bebeza jika dibanding dengan kampung. Disini orang sibuk bekerja pagi keluar malam baru balik, mungkin disebabkan masalah ini kekadang jiran sebelah menyebelah pun kurang kenal. Mungkin faktor kesibukan, percampuran kaum yang kurang seimbang dan lain-lain mungkin menjadi faktor penyebab yang tidak membolehkan nilai cara kampung dipraktikan sepenuhnya. Kalau cerita pasal rumah dibandar memang hebat penuh dengan kemewahan walaupun kawasan tersebut boleh dikatakan rumah setinggan.
Rumah dalam bandar
Rumah banglo dibandar
Kalau kita bercerita tentang rumah memang pelbagai rumah yang dibina dimasa kini terutama dibandar besar dan ada yang dikenali sebagai rumah kaca. Bila saiznya menjadi besar dan tinggi ianya dipanggil bangunan sehingga bangunan pencakar langit.
Dalam kesibukan manusia mebangunkan pasarana dan kemudahan untuk orang ramai ada juga dikalangan makhluk yang bukan bernama manusia turut menikmati kemudahan yang dibuat oleh manusia. Kelompok ini menggunakan dengan percuma dan ianya juga menjadi daya tarikan kepada manusia untuk berhibur dan melihat gelagat kelpompok ini asalkan diberikan habuan. Alangkah baiknya manusia di negara ini, agaknya kelompok ini juga dalam 1 Malaysia.
Kelompok haiwan ini juga berasa selesa tinggal rumah ini
Sunday, November 21, 2010
KELAB GOLF SERI DELIMA
Kalau cerita pasal permainan golf ditempat inilah saya memulakan karier permainan golf pada tahun 1996 yang menjadi sukan kegemaran kepada sebahagian warga tentera dan awam di Daerah Kluang Johor. Bertempat di sebuah kem tentera iaitu di kem Batu 3 Jalan Mersing Kluang Johor.
Green yang mungkin dianggap terbaik di Kluang
Pemain golf sedang menunggu teman yang lain
Saturday, November 6, 2010
ATTENTION TO MY FRIENDS
Attention all my friends, Rail Coffee Hotel now open for public. The Rail Hotel, location at Kluang Johor is with 19 rooms, providing comfortable accomodition and affordable prices. strategically located, 15 minutes from Air Hitam tool gates and 5 minutes to city centre.
Address
Thursday, November 4, 2010
RUMAH BARU
Saya sudah menetap di Kluang sudah hampir masuk tahun ke 25. Satu jangkamasa yang agak panjang untuk seorang tentera seperti saya yang sepatutnya dan kebiasaannya akan bertukar ke unit baru antara 3 hingga 4 tahun. Ini bertujuan untuk menambah pengalaman bekerja seperti kata pepatah melayu "Banyak berjalan akan menambah pengalaman". Nampaknya tak banyaklah pengalaman saya kerana duduk terlalu lama di Kluang. apa boleh buat ini semua kehendak perkhidmatan.
Pada mulanya saya tidak bercadang untuk bermastautin di Kluang, saya berangan-angan untuk menetap di Bandaraya Kuala Lumpur, maka saya pun membeli rumah di Kuala Lumpur pada tahun 1989. Tapi apabila tempuh perkhidmatan saya dah sampai ke penghujungnya iaitu saya akan menamatkan perkhidmatan atau bersara wajib pada 24 Apr 2012, saya mula menukar fikiran untuk menetap di Kluang kerana saya mempunyai ramai teman dan kenalan disini, samada tentera, bekas tentera dan orang awam. Ini disebabkan kemungkinan jiwa saya sudah merasakan tidak sesuai untuk menetap di Bandaraya Kuala Lumpur yang padat, terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti ditambah dengan kesesakan lalu lintas yang saban hari menjadi-menjadi seperti tiada kesudahannya.
Saya nekad dan membuat keputusan untuk terus menetap di Kluang Johor. Pada tahun 2009 saya telah membeli sebuah rumah teres dua tingkat di satu kawasan yang dikenali sebagai Taman Seri Impian beralamat di No 808, Jalan 1/18 taman Seri Impian, 86000 Kluang, Johor dengan harga RM 232.000.00. (tak mahal pun murah aje - rumah harga RM 190.000.00, tapi insurannya mahal RM 42,000.00 kerana saya membuat pinjaman setelah umur melebehi 50 tahun).
Pelan lokasi Taman Seri Impian
Tuesday, October 26, 2010
KENANGAN SEMASA BERKURSUS DI AUSTRALIA
Lapangan terbang Melbourne tahun 1984
Sesampainya kami di Lapangan Terbang Sydney kami rasa pelik kerana tidak ada wakil daripada SME yang datang menjemput kami. Pertanyaan dibuat dikaunter pertanyaan, mereka melihat semua dokumen perjalanan yang kami ada, keputusannya mereka mengatakan kami sepatutnya turun di Lapangan Terbang Melbourne bukannya Sydney, kami terpingga-pingga macam orang bodoh, memang benar dalam tiket kapal terbang telah dinyatakan kami turun di Melbourne bukan Sydney.
Kami menaiki penerbangan Sydney ke Melbourne yang mengambil masa penerbangan selama 2 jam, setibanya disana, beberapa orang tentera Australia telah menunggu dan menegur kami dan bertanyakan adakah anda kami anggota tentera daripada Malaysia. Kami menganguk dan mereka membawa kami ke kenderaan dan terus ke Laverton. Sesampainya kami disana kami ditempat disebuah rumah banglo setingkat yang lengkap dengan peralatan untuk sebuah rumah.
Lapangan terbang Sydney
Pangkalan tentera udara Australia Laverton
Pada keesokannya kami melapor ke dewan kuliah dan bertemu dengan rakan-rakan yang turut hadir iaitu daripada New Zealand, Indonesia, Brunei, Papua New Guinee dan Thailand termasuk Malaysia. Semasa disana saya bertemu dengan rakan dari Malaysia dari TUDM dan TLDM, salah seorangnya memang saya kenal iaitu Mej Ramli dari Kor Pendidikan.
Mej Ramli dua dari kiri memakai kod warna hitam
Dalam kelas dengar taklimat daripada jurulatih (gambar dah rosak)
Gambar kenangan bersama jurulatih dan student
Sepanjang kursus di sini banyak aktiviti yang dilaksanakan diantaranya.
Melawat tapak lombong emas Balarat
Melawat sekitar Bandar Melbourne
Pada setiap minggu kami bersiar-siar di Bandar Melbourne yang terkenal dengan kebersihannya, pada kebiasaanya kami menaiki tram dari Laverton ke Stesyen tram terakhir di Melbourne iaitu Flinder Street.
Tram dan station Flinder Street
Semasa dalam perjalanan pulang kami terus pergi membeli belah barangan daripada Asia seperti barangan dariapada Thailand dan Malaysia di pekan kecil yang bernama Foodscray lebih kurang 3 kilometer daripada Laverton. Disini juga pada setiap minggu kami menjamu selera dengan makanan segera di Restoran yang dipunyai oleh rakyat Lubanan dan kami pasti ianya halal.
Foodscray
MERINTIS JALAN KENANGAN (DOWN MEMORIES LANE)
Pada tahun 2008 saya telah berpeluang kembali semula ke Australia bersama dengan Ketua Jurutera untuk melawat ke School of Miltary Engineering. wah betapa seronoknya saya kerana dapat melihat semula kenangan silam semasa saya berkursus disana. Saya telah menghadiri kursus disini sebanyak 3 kali.
Walaubagaimanapun perubahan tidaklah ketara sangat, saya merasakan ada sedikit pembaharuan daripada segi jumlah bangunan tetapi perkhidmatannya tetap sama seperti dahulu, memang hebat organisasi ketenteraan mereka.
Bersama dengan Maj Phamberton
Bertukar cenderhati dengan Komandan SME
Melawat kawasan latihan NBC
Masuk dalam kebuk gas dimana saya lalui pada tahun 1984
- muntah hijau dikerjakan oleh mat salleh -
Melawat tempat aku mula belajar berkenaan bom dan periuk api di sini semua tinggal kenangan - jurulatih saya pun semuanya dah berhenti
Kawasan latihan EOD dan IED yang menjadi tempat saya
belajar untuk menjadi seorang pakar bom
Kenangan ku semasa di 'HOME OF THE SAPPER"
Saturday, October 23, 2010
PEMINAT BARANG ANTIK
Kalau bercerita tentang barang antik, memang tidak dinafikan sejak kebelakangan ini perniagaan barangan antik adalah salah satu perniagaan yang amat menguntungkan, kerana harga pasaran setiap barang akan dinilai melalui tahun barangan tersebut diperbuat, lagi lama nilainya akan bertambah.
Walaupun harganya agak mahal, peminat barangan antik tidak segan silu mengeluarkan perbelanjaan dari ratusan ringgit hingga ke ribuaan ringgit, ini semata-mata untuk meperolehi atau menambah koleksi barangan antik untuk simpanan masing-masing.
Pelbagai jenis botol
Pelbagai jenis telefon
Kawanx yang sama minat dengan saya
(ASP Selamat, Tuan punya kedai dan Mej Khamis)
BARANG ANTIK KEPUNYAAN SAYA
Rasanya saya juga mempunyai koleksi barangan antik yang agak banyak jumlahnya kebanyakannya disimpan dimerata-rata tempat seperti di rumah dan pejabat. Antara barangan yang miliki seperti digambar.
Jam tangan Rolex tahun 1951 - Harga asal jam ini dalam tahun 50an adalah RM 400 sahaja. Saya membeli jam ini pada tahun 2000 dengan harga RM 2800.00 di satu kedai menjual barangan antik di Tampok Negeri Johor. Kalau nak dikira harga pasaran sekarang ini, mungkin telah menjangkau kepada RM 6000 - 8000. Selain daripada jam ini saya juga mempunyai puluhan jam pelbagai jenama.
Radio Philips tahun 1950 - Radio ini saya beli pada tahun 1998 dengan harga yang agak mahal kira-kira RM 1000 kerana tahun buatannya. Keluaran negara Belanda yang menggunakan kuasa 46 watt. Koleksi radio antik saya kini telah mencecah kepada 32 kesemuanya.
Jam dinding tahun 1941 - Buatan daripada negara England yang dibeli dengan harga RM 800 pada tahun 2000 disebuah kedai jam antik di Kluang. Jam ini masih berfungsi dengan baik. Koleksi jam dinding tidak banyak dalam simpanan saya cuma hanya ada 18 sahaja.
Selain daripada barangan antik yang saya paparkan ada pelbagai lagi barangan antik dalam simpanan saya yang hanya saya simpan di bawah tangga dalam rumah memandangkan tiada ruang atau tempat untuk dipamerkan, insyaAllah pada bulan Dis ini saya akan berpindah ke rumah baru dan mungkin barang-barang tersebut akan saya letakkan diruang pameran yang dikhaskan.