Bila melihat kecendurangan ataupun muyul insan yang bernama menitipkan kalam bicara tanpa suara dalam saluran alternatif sejak akhir-akhir ini dilihat amat membimbangkan dan dikhuatiri oleh tokoh-tokoh agama dan ilmuan akan menghakis sifat kemanusian sejati dan merosakkan akhlak peribadi terutama kepada insan muslim. Rasa ketidakpuasan hati diluahkan dalam bentuk yang amat menjijikkan dengan kata nista, maki hamun sehingga mengeluarkan perkataan yang menyifatkan manusia dengan binatang yang diharamkan dalam islam.
Kalau beginilah caranya maka gelora, badai dan lautan umpatan keji akan tambah menggunung tanpa dibendung oleh pihak berwajib ianya akan menjadi barah yang amat sukar untuk diubati pada masa akan datang. Pesanan kalam suci Yang Maha Pencipta dan pesuruhNya tidak langsung dihiraukan walhal ianya amat terlarang dan dilarang oleh agama Islam.
Mereka bagaikan diruntun oleh hawa nafsu serakah yang dipandu oleh perasaan amarah yang melampau dan dipimpin syaitan laknatullah hingga mengenepikan nilai-nilai murni sebagai insan yang bernama. Dengan mudah mereka melepaskan geram kepada individu dan pihak berwajib tanpa ada batasan dan etika sebagai insan yang bernama.
Allah telah berfirman mahfumnya “ Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan diantara manusia” Surah An-Nisa 114.
Rasullullah pernah berpesan dalam hadisnya ertinya “Belum dinamakan lurus keimanan seseorang itu sehingga lurus hatinya dan belum dinamakan lurus hatinya itu sehinggalah luruslah lisannya dan tidak akan dapat masuk syurga seseorang yang tetangganya tidak merasa aman dari kejahatannya” – Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Dunya dan Kharathi.
Orang yang menitipkan bicara tanpa suara dianggap bercakap melalaui luahan minda tanpa diimbangi dengan ilmu agama dibimbangi akan banyak terjerumus kepada kesalahan yang tidak disedarinya. Maka terjadilah pujian kepada insan yang mereka sukai dan umpatan kepada insan yang mereka tidak suka atau dibenci. Oleh sebab itu Islam selalu menganjurkan supaya kita berdiam diri daripada membicarakan perkara yang kita tidak ketahui dengan sedalamnya.
Allah telah berfirman ertinya “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu semua kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar.” (Al-Ahzab: 70).
Rasulullah bersabda: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.” (HR. Al-Imam Al-Bukhari hadis no. 6089 dan Al-Imam Muslim hadis no. 46 dari Abu Hurairah)
Lidah memang tidak bertulang kata bidalan orang Melayu yang merujuk kepada orang yang mengeluarkan suara lisannya samada memuji atau meluahkan umpan atau fitnah kepada seseorang. Dalam alam maya lidah tidak digunakan hanya jari jemari dan luahan perasaan melalui minda, Nampak berbeza tetapi matlamatnya sama. Allah dan Rasul-Nya dalam kalam bicaraNya mengingatkan manusia supaya berhati-hati semasa berbicara. Perkataan yang boleh merosakkan atau meretakkan hubungan baik sesama insan harus dihindarkan.
Dua orang sahabat yang baik sekalipun akan putus hubungan ukhwahnya disebabkan oleh perkataan daripada lidah tidak bertulang. Suami isteri yang saling sayang menyayangi pun akan terpisah disebabkan lisan yang mungkar. Malah kekeluargaan sedarah sedaging pun akan berpecah jika lidah tidak dijaga.
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan satu kalimat yang dibenci oleh Allah yang dia tidak merenungi (akibatnya), maka dia terjatuh ke dalam neraka Jahanam.” (Shahih, HR. Al-Bukhari no. 6092).
Sabdanya lagi “Sesungguhnya seorang hamba apabila berbicara dengan satu kalimat yang tidak benar (baik atau buruk), hal itu menggelincirkan dia ke dalam neraka yang lebih jauh antara timur dan barat.” no. 6091 dan Muslim no. 6988 dari Abu Hurairah (Shahih, HR. Al-Bukhari)
Dalam satu riwayat yang diceritakan oleh Rasulullah bahawa kesemua anggota tubuh badan diwaktu pagi mengingatkan lidah supaya menjaga kata bicaranya hingga kepetang agar tidak membicarakan perkara-perkara yang boleh menyebabkan meraka akan menerima bencana disebabkan perbuatan lidah. Disebabkan lidah mereka juga turut terhumban ke dalam neraka.
Sabda Rasulullah “Barangsiapa yang menjamin untukku apa yang berada di antara dua rahangnya dan apa yang ada di antara dua kakinya (kemaluan) maka aku akan menjamin baginya al-jannah (syurga).” (HR. Al-Bukhari no. 6088). Sabdanya lagi “Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan satu kalimat dari apa yang diredhai Allah yang dia tidak menganggapnya (bernilai) ternyata Allah mengangkat darjatnya kerananya.” (HR. Al-Bukhari no. 6092)
Oleh itu wahai insan yang bernama hentikanlah daripada perkara yang buruk demi menjana keharmonian dan menjaga kehormatan orang lain agar tidak dicemari. Umpatan, fitnah, mengadu domba dan berhasad dengki adalah permbuatan yang dilarang agama. Marilah sama-sama kita memperbaharui azam dan iltizam untuk berubah dan berubah demi agama dan bangsa. Walahulam.
2 comments:
Hello Mej. Baharudin, how are you? Minta ma'af bahasa saya suda out of tune, so will just say hello, and you keep well.
How is your new residence, in Kluang?
Da tanam bunga, rambutan, durian? Ha ha.
You keep well, have a nice day.
Lee.
Sallam Mej.
Kakmah singgah sebentar disini.
Kesal juga dengan segelintir masyarakat yang suka sangat mengambil kesempatan untuk melepaskan perasaan, kutuk mengutuk, kata mengata melalui dunia maya yang tanpa sempadan ini, membuatkan orang yang tidak berkenaan juga akan mengetahui dan terlibat dengan kemelut2 yang diutarakan..
Post a Comment