Lapangan terbang Melbourne tahun 1984
Sesampainya kami di Lapangan Terbang Sydney kami rasa pelik kerana tidak ada wakil daripada SME yang datang menjemput kami. Pertanyaan dibuat dikaunter pertanyaan, mereka melihat semua dokumen perjalanan yang kami ada, keputusannya mereka mengatakan kami sepatutnya turun di Lapangan Terbang Melbourne bukannya Sydney, kami terpingga-pingga macam orang bodoh, memang benar dalam tiket kapal terbang telah dinyatakan kami turun di Melbourne bukan Sydney.
Kami menaiki penerbangan Sydney ke Melbourne yang mengambil masa penerbangan selama 2 jam, setibanya disana, beberapa orang tentera Australia telah menunggu dan menegur kami dan bertanyakan adakah anda kami anggota tentera daripada Malaysia. Kami menganguk dan mereka membawa kami ke kenderaan dan terus ke Laverton. Sesampainya kami disana kami ditempat disebuah rumah banglo setingkat yang lengkap dengan peralatan untuk sebuah rumah.
Lapangan terbang Sydney
Pangkalan tentera udara Australia Laverton
Pada keesokannya kami melapor ke dewan kuliah dan bertemu dengan rakan-rakan yang turut hadir iaitu daripada New Zealand, Indonesia, Brunei, Papua New Guinee dan Thailand termasuk Malaysia. Semasa disana saya bertemu dengan rakan dari Malaysia dari TUDM dan TLDM, salah seorangnya memang saya kenal iaitu Mej Ramli dari Kor Pendidikan.
Mej Ramli dua dari kiri memakai kod warna hitam
Dalam kelas dengar taklimat daripada jurulatih (gambar dah rosak)
Gambar kenangan bersama jurulatih dan student
Sepanjang kursus di sini banyak aktiviti yang dilaksanakan diantaranya.
Melawat tapak lombong emas Balarat
Melawat sekitar Bandar Melbourne
Pada setiap minggu kami bersiar-siar di Bandar Melbourne yang terkenal dengan kebersihannya, pada kebiasaanya kami menaiki tram dari Laverton ke Stesyen tram terakhir di Melbourne iaitu Flinder Street.
Tram dan station Flinder Street
Semasa dalam perjalanan pulang kami terus pergi membeli belah barangan daripada Asia seperti barangan dariapada Thailand dan Malaysia di pekan kecil yang bernama Foodscray lebih kurang 3 kilometer daripada Laverton. Disini juga pada setiap minggu kami menjamu selera dengan makanan segera di Restoran yang dipunyai oleh rakyat Lubanan dan kami pasti ianya halal.
Foodscray
MERINTIS JALAN KENANGAN (DOWN MEMORIES LANE)
Pada tahun 2008 saya telah berpeluang kembali semula ke Australia bersama dengan Ketua Jurutera untuk melawat ke School of Miltary Engineering. wah betapa seronoknya saya kerana dapat melihat semula kenangan silam semasa saya berkursus disana. Saya telah menghadiri kursus disini sebanyak 3 kali.
Walaubagaimanapun perubahan tidaklah ketara sangat, saya merasakan ada sedikit pembaharuan daripada segi jumlah bangunan tetapi perkhidmatannya tetap sama seperti dahulu, memang hebat organisasi ketenteraan mereka.
Bersama dengan Maj Phamberton
Bertukar cenderhati dengan Komandan SME
Melawat kawasan latihan NBC
Masuk dalam kebuk gas dimana saya lalui pada tahun 1984
- muntah hijau dikerjakan oleh mat salleh -
Melawat tempat aku mula belajar berkenaan bom dan periuk api di sini semua tinggal kenangan - jurulatih saya pun semuanya dah berhenti
Kawasan latihan EOD dan IED yang menjadi tempat saya
belajar untuk menjadi seorang pakar bom
Kenangan ku semasa di 'HOME OF THE SAPPER"