BULAN BAHASA KEBANGSAAN
Saya terpanggil untuk menyokong artikel tulisan Mej Nor Ibrahim (B) dalam blognya xnuripilot berkenaan dengan penggunaan bahasa kebangsaan. Saya amat bersetuju dengan apa yang diutarakan, sepatutnya rakyat Malaysia semua etnik sepatutnya menyokong sepenuhnya penggunaan bahasa kebangsaan dalam apa bentuk aktiviti sekali pun. Pihak kerajaan menyarankan penggunaan bahasa kebangsaan dengan meletakkan sepanduk dan logo mengatakan bulan Okt adalah bulan bahasa kebangsaan, tetapi adakah semua peringkat komited kepada apa yang diwar-warkan termasuk agensi kerajaan. Nampaknya logo tinggal logo, sepanduk tinggal sepanduk dan akan reput ditelan cuaca. Nampak gayanya hanya slogan sahaja penguatkuasaannya sifar.
RUANG MINDA BAHARUDIN membuka persoalannya kepada pembaca yang singgah di blog ini, adakah perkara ini yang telah lama diperjuangkan oleh cendiakawan, ahli bahasa dan Dewan Bahasa dan Pustaka selama ini berhasil. Agaknya berbaloi ke usaha ini yang telah mencapai puluhan tahun di canangkan, tapi apa yang dapat dilihat, papan-papan iklan perniagaan, petunjuk dan lain-lain bercampur aduk dan ada yang menggunakan bahasa Inggeris/Melayu yang dirojakkan atau lain-lain yang langsung tidak menggambarkan apa yang dikata bahasa jiwa bangsa. MINDA BAHARUDIN melemparkan persoalan untuk di jawab.
Penulis sedang memandu kereta untuk pulang ke Kluang
"kat sini sahaja sangkut 1 jam 45 minit, wow boringnya"
Apabila saya hendak ke Kuala Lumpur jika ada penugasan untuk ke sana saya mula memikirkan jalan atau laluan mana yang harus saya susur bagi mengelakkan daripada tersangkut di dalam arus kesesakan jalan raya di kawasan lebuh raya atau jalan biasa terutama di Tol Sungai Besi hingga ke Bandaraya Kuala Lumpur. Seingatan saya masaalah ini telah berlaku hampir belasan tahun atau lebih. Walaupun pelbagai usaha pihak kerajaan untuk menyelesaikan masaalah ini tetapi tidak banyak perubahan yang didapati.
"Bilalah nak berakhir masaalah ini, tak jadi duduk KL lah"
RUANG MINDA BAHARUDIN ingin menyatakan bahawa kesesakan ini berlaku disebabkan kadar pertambahan kenderaan persendirian yang tidak dikawal, bayangkan kerugian yang tidak disedari berlaku apabila anda tersangkut didalam kesesakan jalan raya sehingga berjam-jam akhirnya anda lambat datang ke pejabat, produktiviti berkurangan dan pelbagai lagi. Untuk menyelesai masalah warga KL akan keluar awal untuk bekerja dan pulang lewat kerumah sehingga anak dah tidur ini semua gara-gara kesesakan lalu lintas yang tidak ada kesudahannya jika tidak dirancang dengan teliti. MINDA BAHARUDIN membuka persoalan untuk dibincangkan jalan penyelesaiannya. Negara Malaysia akan mencapai wawasan 2020 tak lama lagi,tapi jika masaalah ini masih kekal ianya sedikit sebanyak akan mencemarkan imej negara menjelang 2020.
KENAPA DATUK DAN NENEK SAYANG PADA CUCU
Kalau kita meninjau kehidupan masyarakat kita amat sinonim pada perkataan "SAYANG CUCU APA PUN DATUK DAN NENEK SANGGUP BUAT". Sebagai contohlah kalau anak kita minta sesuatu jarang kita untuk ambil peduli sangat kecuali ibu bapa yang perihatin tetapi kalau cucu tak tunggu lama terus akan dilakukan. Ini memang realiti penghidupan orang bergelar Datuk dan Nenek (Tok, Tok Wan, Tok Ayah sama aje). Ianya telah mula meresap dalam jiwa raga penulis yang telah mepunyai 4 orang cucu lelaki. Memang tidak dapat dinafikan apa yang dikatakan oleh masyarakat tentang hal itu dah mula menular dalam diri saya dan isteri saya.
Pantang dengar cucu sakit, walhal demam sikit aje terus hidup enjin kereta dan pergi melihat cucu walaupun perjalanan mengambil masa 3 hingga 4 jam penat tak terasa tambahan pula apabila dah bertemu dengan cucu kesayangan, lentuk habis. Pada suatu ketika dulu saya memandang sinis kepada orang yang bercerita tentang cucu, dalam hati saya berkata "takkan lah dah tua-tua nak bangun malam lagi buat susu cucu, susu anak malas nak buat suruh isteri yang dalam pantang yang buat". Tetapi sekarang dah terbalik kot - kena batang hidung sendiri tak kata apa.
Nak cerita pasal cucu juga seorang kawan saya merajuk kepada anak-anaknya kerana cucu yang dibelanya hampir dua tahun diambil diambil semula keluarganya. Datang dia mengadu kepada saya dan isteri tentang cerita itu sambil menangis, apa boleh buat saya pun tak dapat menolong. Orang tua kalau merajuk pasal cucu kejap aje, datang atau balik saja cucu kerumah marah dan rajuk akan hilang apabila mendengar hilai ketawa cucu-cucunya, nampaknya saya dan isteri pun akan mengalami nasib yang sama setelah 7 bulan cucu dibela, akhirnya ia kembali kepangkuan keluarganya, apa nak buat anak orang cucu kita.
RUANG MINDA BAHARUDIN mengupas masaalah ini untuk tuan-tuan kongsikan bersama, berikan pendapat agar dapat menjadi pedoman kepada kekawan yang akan bergelar DATUK, DATUK, NENEK dan NENEK.
2 comments:
Hello Major, saya suka tengok your gambars here. Very nice. But terperanjat see so many motorcycles in the street.
And thats a beautiful pic of your cucu, wife too.
Minta ma'af bahasa saya sebulum Merdeka, ha ha, ta'berani nak comment in bahasa,
But I love that logo. Very nice.
Major, I just posted a new cherita. Drop by if ada senang.
That orang minyak cherita temporary sebab kita ada kawan datang makan rumah.
You look good in the pics, Major.
Best regards, Lee.
Hello Major, just dropped by say hello.
You have a great week, best wishes, Lee.
Post a Comment