Saturday, October 9, 2010

FAEDAH PEMEGANG KAD HIJAU CIDB

PROGRAM KAD HIJAU ANJURAN CIDB ADALAH PERLINDUNGAN INSURAN 24 JAM




Kad Hijau


Institut Kejuruteraan Medan atau nama singkatannya IKEM dimana tempat saya bekerja adalah merupakan sebuah Pusat Bertauliah K08004. Pentauliahan ini telah pun dilaksanakan pada tahun 1994. Beberapa kursus yang diiktiraf dalam perlaksanaan persijilan kemahiran Malaysia (SKM) di bawah Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) sekarang berubah nama kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Pada tahun 2005 IKEM telah membuat memorandum persefahaman dengan Akademik Binaan Malaysia (ABM) kawasan selatan yang bertempat di Tampoi Johor iaitu sebuah pusat latihan bagi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam program Sijil Kecekapan Kemahiran kepada kursus-kursus tertentu. Salah satu program yang ditawarkan adalah dipanggil program Kad Hijau yang memberikan faedah kepada pemegangnya dalam kaedah perlindungan insuran pekerjaan. Antaranya menafaat adalah seperti berikut:

- Perlindungan Takaful selama tempoh kad hijau hidup, pada bila-bila masa di mana jua kita berada. Untuk bayaran RM 50.00, kad hijau akan hidup selama 2 tahun. Ini bermakna CIDB memberikan perlindungan takaful kepada anda dengan bayaran hanya RM 25.00 setahun!!

- Perlindungan Takaful adalah untuk tempoh 24 jam sehari. Bermakna, perlindungan bukan hanya pada waktu bekerja tetapi juga di luar waktu bekerja.

- Perlindungan Takaful bukan sahaja di Malaysia malah di mana-mana tempat di seluruh dunia. Contoh: Jika anda sebagai pemegang kad hijau CIDB, mengalami kemalangan maut ketika melancung di Australia, CIDB akan membayar pampasan kepada waris anda sebanyak RM 21,000.00.

- Pemegang kad hijau juga akan menikmati potongan yuran sehingga 50% kepada kursus-kursus tertentu anjuran CIDB.

- Pemegang kad hijau rakyat Malaysia, layak untuk mengikuti kursus percuma anjuran Akademi Binaan Malaysia.

- Mendapat pengetahuan Safety and Health kerana anda akan menghadiri kursus percuma anjuran CIDB.

Itulah faedah yang diperolehi daripada progam kad hijau. Beberapa anggota penuntut saya yang meninggal dunia telahpun memperolehi faedah ini demi kebahagiaan dan imbuhan kepada waris mereka. Pada 30 Sept yang lepas waris salah seorang penuntut yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Segamat Johor ketika sedang bercuti telah memperolehi imbuhan dari program ini.

Saya menyeru kepada warga ATM amnya dan Tentera Darat khasnya marilah kita mengambil peluang ini bukan untuk kita tetapi untuk kesejateraan waris-waris yang ditinggalkan jika sekiranya kita meninggal dunia dimana sahaja kita berada.


Surat Pemberitahuan dari CIDB



Nama Penerima



Cek Pampasan kepada waris


Untuk keterangan lanjut sila layari laman web CIDB.
http://www.cidb.gov.my/v6/?q=ms/content/112

No comments: