PROGRAM KAD HIJAU ANJURAN CIDB ADALAH PERLINDUNGAN INSURAN 24 JAM
Kad Hijau
Institut Kejuruteraan Medan atau nama singkatannya IKEM dimana tempat saya bekerja adalah merupakan sebuah Pusat Bertauliah K08004. Pentauliahan ini telah pun dilaksanakan pada tahun 1994. Beberapa kursus yang diiktiraf dalam perlaksanaan persijilan kemahiran Malaysia (SKM) di bawah Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) sekarang berubah nama kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Pada tahun 2005 IKEM telah membuat memorandum persefahaman dengan Akademik Binaan Malaysia (ABM) kawasan selatan yang bertempat di Tampoi Johor iaitu sebuah pusat latihan bagi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam program Sijil Kecekapan Kemahiran kepada kursus-kursus tertentu. Salah satu program yang ditawarkan adalah dipanggil program Kad Hijau yang memberikan faedah kepada pemegangnya dalam kaedah perlindungan insuran pekerjaan. Antaranya menafaat adalah seperti berikut:
- Perlindungan Takaful selama tempoh kad hijau hidup, pada bila-bila masa di mana jua kita berada. Untuk bayaran RM 50.00, kad hijau akan hidup selama 2 tahun. Ini bermakna CIDB memberikan perlindungan takaful kepada anda dengan bayaran hanya RM 25.00 setahun!!
- Perlindungan Takaful adalah untuk tempoh 24 jam sehari. Bermakna, perlindungan bukan hanya pada waktu bekerja tetapi juga di luar waktu bekerja.
- Perlindungan Takaful bukan sahaja di Malaysia malah di mana-mana tempat di seluruh dunia. Contoh: Jika anda sebagai pemegang kad hijau CIDB, mengalami kemalangan maut ketika melancung di Australia, CIDB akan membayar pampasan kepada waris anda sebanyak RM 21,000.00.
- Pemegang kad hijau juga akan menikmati potongan yuran sehingga 50% kepada kursus-kursus tertentu anjuran CIDB.
- Pemegang kad hijau rakyat Malaysia, layak untuk mengikuti kursus percuma anjuran Akademi Binaan Malaysia.
- Mendapat pengetahuan Safety and Health kerana anda akan menghadiri kursus percuma anjuran CIDB.
Itulah faedah yang diperolehi daripada progam kad hijau. Beberapa anggota penuntut saya yang meninggal dunia telahpun memperolehi faedah ini demi kebahagiaan dan imbuhan kepada waris mereka. Pada 30 Sept yang lepas waris salah seorang penuntut yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Segamat Johor ketika sedang bercuti telah memperolehi imbuhan dari program ini.
Saya menyeru kepada warga ATM amnya dan Tentera Darat khasnya marilah kita mengambil peluang ini bukan untuk kita tetapi untuk kesejateraan waris-waris yang ditinggalkan jika sekiranya kita meninggal dunia dimana sahaja kita berada.
Surat Pemberitahuan dari CIDB
Nama Penerima
Cek Pampasan kepada waris
Untuk keterangan lanjut sila layari laman web CIDB.
http://www.cidb.gov.my/v6/?q=ms/content/112
18 comments:
kalau mc seminggu cedera tempat kerja boleh claim insuran kad hijau tak
Salam tuan sekiranya terlibat dlm kemalangan sewaktu pulang dari kerja sehingga mengakibat patah kaki.. Adakah masih dlm perlindungan polisi insuran (pemegang kad hijau)
Salam tuan saya kena stroke tahun lepas.. Layak ke dapat pampasan...
Salam tuan saya kena stroke tahun lepas.. Layak ke dapat pampasan...
Salam tn, bgi pemegang kad hijau CIDB yg tamat tempoh, mereka perlu hadir semula klas utk perbaharui atau trus perbaharui sja di CIDB.. mohon pencerahan tksh.
Assalamualaikum..klu pemegang kad hijau dh meninggal 10 tahun..masih layak lg ke dgn tuntutan tu..sebab ahli keluarga x tahu arwah mempunyai kad hijau sblm ni..baru2 ni baru dpt tahu..
Slm sy kamalangan dari site quarry jatuh dari lori dan prgelangan tapak kaki patah.. ambik mc selama 16 ari kaki kena simen.. adakah sy layak mohon insuran cidb?
Salam tuan sekiranya terlibat dlm kemalangan sewaktu pulang dari kerja sehingga mengakibat patah kaki.. Adakah masih dlm perlindungan polisi insuran (pemegang kad hijau)
Salam tuan. Saya nak bertanya hal insuran. Ibu saya merupakan pemegang kad hijau. Beliau telah meninggal dunia selepas pulang dari menyelia projek pada tahun lepas. Saya terus menuntut insuran dari pihak berwajib. Namun sehingga sekarang tidak ada berita. Saya telah menghubungi pihak insuran di KL, mereka kata yg surat clain sedang diproses. Ini sudah hampir setahun berlalu, belum ada khabar berita pun. Oleh itu, saya rasa was-was tentang kebenaran insuran takafur ini. Tolong perjelaskan, tuan.
Saya excident smlam boleh ke claim cidb
Excident tempat kerja,boleh claim ke
Asalam.. Sy terlibat kemalangan pada 15/5 tapi kad sy telah tamat tempoh 8/4.. Adakah saya masih layak menerima pampasan.. Mohon pencerahan.. Tq
Jari tengah suami saya putus ., Kecelakaan kerja., Cm dihargain rm.560. sahaja.
Sgt mengecewakan CIDB.
Pemegang kas hijau jg
Assalamulaikum tuan, saya menghidap penyakit sendi lutut, hinggga susah untuk saya berkerja,kerja saya bahagian electrik. Saya pemegang kad hijau CIDB,adakah saya layak menerima insurance CIDB
Klau kematian mengejut
mna mahunya.. mau mati baru dapat.. apa kejadah faedah yg diorg bgi atas kad hijau.. mati dapat kt waris ada yg bergaduh merebutnya.. org yg mati kena soal..masalah mati tingal insuran bukan hak kita lagi.. puak cidb ni bnyak labur saham lagi2 x de waris yg tuntut.. sial
yaa kesimpulanya badan yg beri kad hijau tu x de nk ambik tahu hal kematian walau direkod kan.. amanah x de by.. waris kna tuntut.. itu mau duit dah lebur.. lpas tu pusing soal lambat tuntut so x dapat sebabnya insuran dah mati.. dorg ni klau btul2 ada niat tolong membantu diorg dah hantar surat tuap2 tahun beritahu.. tapi apah pun x de..
Saya patah jari blh claim insurance cidb
Post a Comment