PENGEMAR KLUANG RAIL COFFEE SEJAK 1938 - BAHAGIAN PERTAMA
Kalau melancung ke selatan selalunya pengemar kopi tidak akan melepaskan peluang untuk singgah ke Kluang . namun ada yang sanggup memandu beratus kilometer sejauh dari ibu negara sanggup datang dari jauh seperti Kuala Lumpur, Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan semata-mata untuk menikmati aroma kopi Kluang yang memang terkenal sejak 1938 lagi. Jika melalui lebuhraya pengunjung akan menyusur tol Air Hitam dan terus ke Kluang untuk menikmati kopi yang dikata menjadi daya tarikan pengemar kopi dari seluruh tanah air yang bertempat di Stesyen Keretapi Kluang dan hadapan Kluang Parade iaitu di No 33, Tingkat Bawah Jalan Manggis.
Sebut sahaja stesyen Keretapi Kluang seluruh masyarakat tempatan dan Johor semuanya arif tentang binaan bangunan separuh kayu ala pekan koboi, memanglah bukannya menjadi daya tarikan kerana masih mengekal bangunan zaman kolonial yang telah dibina 90 tahun yang lalu., tetapi dek tarikan aroma kopi dan roti bakarnya yang harum sehingga ke Johor Bahru, Kuala Lumpur, Melaka dan Ipoh yang menyebabkan ianya menjadi terkenal.
Begitulah kuatnya daya tarikan Kluang Rail Coffee, yang sudah 72 tahun wujud untuk melayan cita rasa penggemar kopi dan roti bakar, sehingga dikatakan “tidak sah ke Kluang jika tak singgah minum di stesyen keretapinya,”. Bermula kecil-kecilan keluarga Lim Luan Yee iaitu datuk kepada Jack Lim telah memulakan perniagaan kopi di stesyen keretapi Kluang. Aroma Kluang Rail Coffee kini sudah boleh dinikmati di gedung beli-belah yang besar atas nama Kluang Station di One Utama, Ikano serta
(Gambar Jack Lim Pembancuh Kopi Tersohor)
Tesco Ampang, di Tesco Melaka dan Taman Istana di Ipoh. “Lokasi di luar Johor memang lagi hebat, Kluang sendiri dah pesat membangun, namun di hujung sudut Stesen Keretapi Kluang ini, kami masih lagi di sini dengan perniagaan yang sama,” kata Jack Lim, generasi ketiga yang mewarisi perniagaan kopi itu.
Kedai kopi yang terletak di Stesen Keretapi KTM, Bandar Kluang ini memang menarik! Menu-menunya adalah merupakan menu asal semenjak dibuka dengan penambahan. Hidangan roti bakar (pelbagai jenis inti), telur separuh masak, nasi lemak bungkus ditambah pula dengan aroma kopinya yang memang ummphhh!!! membuatkan tempat ini seringkali sesak dengan pengunjung terutamanya di hujung minggu.
Setelah perniagaan Kluang Rail Coffee berkembang pesat Jack Lee telah membuka cawangan baru di Jalan Manggis dengan penambahan hidangan yang menjadikan ianya Restoran Kluang Rail Coffee moden, disini nasi lemak bungkus daun pisang tidak disediakan lagi tetapi minumannya tetap sama. Disini pun pengunjung terpaksa menunggu untuk mendapatkan tempat dalam waktu kerja dan dihujung minggu. Sungguh hebat Kluang Rail Coffee.
APA KATA PELANGGAN/PENGEMAR KOPI KLUANG
"Saya memang penggemar kopi Kluang sejak dari tahun 1977 semasa saya mula menjejakkan kaki ke Kluang. Saya boleh dikatakan penggemar tegar kerana setiap hari seawal pukul 6 pagi saya telah berada disini untuk menikmati kopi kluang dan menjadi habit saya pulak" - Mej Baharudin.
"Saya kalau tak kena tak leh gi lah macam dan tagih betul tapi sekarang saya dah tukar ke KL tapi saya selalu kirim kopi daripada kawanx yang pergi ke Kluang dan teman yang ada kat Kluang " - Lt Kol Samad Tahir.
Tapi kalau nak tanya pasal kopi kluang ini saya rasa orang yang paling sesuai bagi pendapat ialah Lt Kol Basri Omar (B) PGB yang memang penggemar kopi kluang dan beliau juga adalah merupakan kawan rapat kepada pemilik Rail Coffee Kluang sehingga mereka memanggilnya dengan panggilan Robert.
Kalau sesiapa nak singgah menikmati kopi kluang lihat alamat dan petunjuk jalan yang dikepilkan
Bersambung - Kluang Rail Coffee buka cawangan baru dengan kemudahan hotel penginapan…………. Tunggukan Bahagian Kedua
6 comments:
Saya tak pernah minum kopi ini. Mungkin satu-satu hari nanti kalau terpergi ke Kluang, akan mencuba, InsyaAllah.
Salam tuan Nor Ibrahim kerana sudi melawat laman blog saya, kalau tuan berkunjung ke Kluang, bolehlah menghubungi saya atau berintruksi melalui laman blog saya, InsyaAllah saya akan menantikan kedatangan tuan. Kopi kluang ni kalau dibuat sendiri mungkin tak selazat kalau minum ditempatnya. Klau datang dengan Lt Kol Basri Omar lagi meriah.
Salam Tuan dan mej Baha!
Memang rindu sungguh2dgn Kluang terutamanya Kopi n roti bakaq...tak sat baru cakap dgn Jack Lim...tahniah ttg Hotel tu...nnt blh buat program dgn Tuan lawat Kluang ..Muzium RAJD dan tidoq d calet Keretapi,IKEM..Insyaallah....kena bawa FM Zam sekali!
Salam tuan Basri tk kerana sudi hadir di blog saya, saya merasakan kalau ada kesempatan bolehlah dirancang sepertimana yang tuan bagi tau, tentu meriah, kalau boleh sebelum Koamandan posting, 15 hb ni Kol Hamid pakai pangkat, tahniah untuk komandan saya. Kalau datang insyaAllah kita akan uruskan tk tuan
Salam Sdr n Komdn!
Tahniah atas kenaikan pkt Kol Hamid..xdpt p dlmasa terdekat ni....insyaallah akan buat program nnt dgn Xnuripilot dan FMZam...
Salam Mejar,
Kopi Kluang ni yang saya (Uda) ingat dah popular sejak dari zaman persekolahan kami pada tahunj-tahun 60-an dulu. Cuma cara niaganya tak begitu komersial macam sekarang!
Apapun Uda baru terbaca artikel Mejar ini . . . dan suka cara paparannya.
Mohon petik sedikit drpd paparan itu untuk dimuatkan bersama puisi "Secawan Kopi" dalam artikel bertajuk "Kopi Popular Kluang Station" di blog Uda . . . dsuarang.
Tkasih.
Post a Comment