Monday, October 11, 2010

AROMA KOPI KLUANG MENJADI INGATAN - BAHAGIAN KEDUA

KLUANG RAIL COFFEE MEMBUKA CAWANGAN BARU DAN HOTEL PENGINAPAN

Setelah perniagaan Kluang Rail Coffee bertambah maju di kedua tempat iaitu di Stesyen Keretapi Kluang dan di Jalan Maggis, pengusaha Rail Coffee Kluang Lim Jit Chen atau dikenali oleh masyarakat setempat dengan nama Jack Lim membuka satu lagi cawangan baru di alamat di No 20 & 21, Jalan Tasik 1, Pusat Perniagaan Tasik Kluang Johor, memandang pelanggan yang bertambah ramai dan permintaan yang tinggi terhadap kopi kluang.



Bangunan Kluang Rail Coffee di kawasan perniagaan tasik berdekatan dengan bulatan Taman Tasik Kluang

Gaya persembahan kedai baru ini sama seperti dengan Kluang Rail Coffee Jalan Manggis, cuma tambahan yang dibuat disini mereka menyediakan hotel penginapan yang dipanggil Rail Hotel yang bercirikan hotel 3 atau 4 bintang.


Kawasan lobi hotel yang masih dalam pembinaan


"Kami menyediakan hotel penginapan memandang hotel yang ada di Kluang masih belum dapat menampung keperluan pelawat dan datang ke Kluang, jadi kami mengambil kesempatan untuk melebarkan sayap perniagaan dalam bidang perhotelan pula. Dengan jenama Rail Coffee Kluang mungkin dapat membantukan menjayakan perniagaan perhotelan kami" kata Jack Lim yang merupa pemilik bersama dengan sepupunya Lim Jit Chiang di cawangan baru ini.

"Hotel ini akan dibuka seawalnya pada penghujung bulan Okt dan paling lewat adalah pada minggu pertama bulan Nob. Kadar sewa yang dikenakan adalah antara RM 128.00 hingga RM 280.00 iaitu bilik deluxe, family dan suite. Hotel kami teletak di tingkat satu dan dua dimana tingkat bawah adalah restoran" kata Lim Jit Chiang sepupu kepada Jack Lim.





Ruang rehat, bilik mandi dan bilik tidur yang disediakan


Penulis juga tidak melepaskan peluang datang ke cawangan baru dibuka ini bersama dengan keluarga dan membawa sekali cucu kesayangan untuk menikmati aroma kopi kluang yang selalu dalam ingatan sepanjang berkhidmat di Kluang selama hampir 25 tahun.



Pelangan masih memenuhi setiap ruang kopi kluang

Lim Jit Chiang pembancuh kopi yang diasuh oleh Jack Lim

Cucu kesayangan ku turut merasakan aroma kopi kluang di cawangan baru

Isteri, anak, cucu dan menantuku turut menikmati kopi kluang yang sungguh lazat umphhhh..

Slogan baru Kluang Rail Coffee


"SELAMAT DATANG KE KLUANG RAIL COFFEE, SEMOGA ANDA DAPAT MENIKMATI RASA KOPI YANG KAMI ADUN SENDIRI, SEMOGA ANDA DAPAT MERASAI AROMA KOPI KLUANG MENJADI INGATAN" Lim Jit Chen atau Jack Lim - Pemilik Kluang Rail Coffee

1 comment:

Unknown said...

Salam Sir..Memang best tuan. Mengimbau kenangan lalu ..selama hampir 8tahun saya hidup di Kluang. Banyak tempat-tempat menarik yang tak kan saya lupa.

Kluang Rail Coffee memang unik dan menarik,terkenal ke seluruh negara. Untuk Uncle tokey tu, well done, keep it up. Kalau saya ke kluang saya lebih rela berbaris tunggu Q di railway..Memori tu..RINDU KLUANG!!