Tuesday, October 26, 2010

KENANGAN SEMASA BERKURSUS DI AUSTRALIA

KENANGAN YANG TAK DILUPAKAN

Menyingkap semula kenangan semasa saya dipilh untuk menghadiri kursus di Australia pada tahun 1984 semasa itu saya berpangkat Kpl. Aku dicalun untuk menghadiri kursus Instructor Mine Warefare yang dijangka selama 6 bulan di School of Military Engineering , Moorebank Sydney. Walaubagaimanapun saya terpaksa menghadiri satu kursus penyesuaian Australian fimiliarzation course di Defence Cooperation Language School (DCLS) bertempat di Laverton Melbourne selama sebulan sebelum hadir kursus sebenar.

Semasa melapor ke Kementerian Pertahanan untuk temuduga dan urusan pentadbiran untuk keluar negeri saya telah bertemu dengan 2 orang lagi rakan yang turut serta bersama aku untuk hadir kursus yang sama iaitu Sjn Mahadie Chan dari Sekolah Jurutera Kluang Johor dan Kpl Saat dari 5 Skn Jurutera bertempat di Kem Trendak Melaka sementara aku pada masa itu bertugas 92 Skn Jurutera.

Setelah urusan pakaian dan pentadbiran termasuk visa selesai, kami juga telah dipanggil oleh Kedutaan Australia untuk ditemuduga oleh Atache ketenteraan. Kami diberikan taklimat bila kursus akan dimulakan, info tentang Negara Australia serta adat resam, tradisi dan budaya orang-orang Australia.

Setelah segala persiapan dibuat saya dan rakan-rakan menailki penerbangan Australian Airline (QANTAS) dari Lapangan Terbang Subang untuk ke Melbourne,



Dalam kapal terbang dari kiri Mahadi Chan, Saat dan Penulis

perjalanan memakan masa selama 8 jam untuk sampai ke destinasi yang ditetapkan. Kami sampai di Lapangan Terbang Melbourne tetapi kami tidak turun kerana menjangkakan kami perlu melapor ke SME di Sydney dahulu kemudian baru ke Melbourne. Kami telah diberitahu kapal terbang tersebut akan berhenti selama 40 minit dan akan meneruskan perjalanan ke Sydney. Walaubagaimana pun oleh sebab kurang kefahaman atau mungkin baru pertama kali kami keluar Negara jangkaan kami telah meleset.

Lapangan terbang Melbourne tahun 1984

Sesampainya kami di Lapangan Terbang Sydney kami rasa pelik kerana tidak ada wakil daripada SME yang datang menjemput kami. Pertanyaan dibuat dikaunter pertanyaan, mereka melihat semua dokumen perjalanan yang kami ada, keputusannya mereka mengatakan kami sepatutnya turun di Lapangan Terbang Melbourne bukannya Sydney, kami terpingga-pingga macam orang bodoh, memang benar dalam tiket kapal terbang telah dinyatakan kami turun di Melbourne bukan Sydney.

Nasib kami sungguh baik kerana disetiap lapangan terbang di Australia, pihak tentera memang ada perkhidamatan waren kapalterbang bagi kegunaan anggota tentera Australia yang beroperasi 24 jam. Kami telah diberikan tiket penerbangan yang baru dari Sydney ke Melbourne, betapa mudahnya bekerja dengan mereka. Kami menunggu lebih kurang 2 jam untuk berlepas ke Melbourne, masa yang terluang kami gunakan untuk mundar mandir di sekitar kawasan lapangan terbang Sydney.

Kami menaiki penerbangan Sydney ke Melbourne yang mengambil masa penerbangan selama 2 jam, setibanya disana, beberapa orang tentera Australia telah menunggu dan menegur kami dan bertanyakan adakah anda kami anggota tentera daripada Malaysia. Kami menganguk dan mereka membawa kami ke kenderaan dan terus ke Laverton. Sesampainya kami disana kami ditempat disebuah rumah banglo setingkat yang lengkap dengan peralatan untuk sebuah rumah.


Lapangan terbang Sydney


Pangkalan tentera udara Australia Laverton

Pada keesokannya kami melapor ke dewan kuliah dan bertemu dengan rakan-rakan yang turut hadir iaitu daripada New Zealand, Indonesia, Brunei, Papua New Guinee dan Thailand termasuk Malaysia. Semasa disana saya bertemu dengan rakan dari Malaysia dari TUDM dan TLDM, salah seorangnya memang saya kenal iaitu Mej Ramli dari Kor Pendidikan.


Mej Ramli dua dari kiri memakai kod warna hitam

Dalam kelas dengar taklimat daripada jurulatih (gambar dah rosak)


Gambar kenangan bersama jurulatih dan student

Sepanjang kursus di sini banyak aktiviti yang dilaksanakan diantaranya.

Melawat tapak lombong emas Balarat

Melawat sekitar Bandar Melbourne


Melawat War Museum


Pada setiap minggu kami bersiar-siar di Bandar Melbourne yang terkenal dengan kebersihannya, pada kebiasaanya kami menaiki tram dari Laverton ke Stesyen tram terakhir di Melbourne iaitu Flinder Street.











Tram dan station Flinder Street

Semasa dalam perjalanan pulang kami terus pergi membeli belah barangan daripada Asia seperti barangan dariapada Thailand dan Malaysia di pekan kecil yang bernama Foodscray lebih kurang 3 kilometer daripada Laverton. Disini juga pada setiap minggu kami menjamu selera dengan makanan segera di Restoran yang dipunyai oleh rakyat Lubanan dan kami pasti ianya halal.

Foodscray

MERINTIS JALAN KENANGAN (DOWN MEMORIES LANE)

Pada tahun 2008 saya telah berpeluang kembali semula ke Australia bersama dengan Ketua Jurutera untuk melawat ke School of Miltary Engineering. wah betapa seronoknya saya kerana dapat melihat semula kenangan silam semasa saya berkursus disana. Saya telah menghadiri kursus disini sebanyak 3 kali.

Walaubagaimanapun perubahan tidaklah ketara sangat, saya merasakan ada sedikit pembaharuan daripada segi jumlah bangunan tetapi perkhidmatannya tetap sama seperti dahulu, memang hebat organisasi ketenteraan mereka.

Bersama dengan Maj Phamberton

Bertukar cenderhati dengan Komandan SME

Melawat kawasan latihan NBC


Masuk dalam kebuk gas dimana saya lalui pada tahun 1984
- muntah hijau dikerjakan oleh mat salleh -

Melawat tempat aku mula belajar berkenaan bom dan periuk api di sini semua tinggal kenangan - jurulatih saya pun semuanya dah berhenti

Kawasan latihan EOD dan IED yang menjadi tempat saya
belajar untuk menjadi seorang pakar bom

Kenangan ku semasa di 'HOME OF THE SAPPER"

5 comments:

Lee said...

Hello Mej. Baharudin, saya suka tengok gambar2 sini.
Wow! You pergi training in Australia?

Last month bila saya dapat invitation to the King's dinner saya jumpa banyak Malaysian Military officers datang Canada for Officers training course.

I like your green colour uniform.....very nice.
You have a nice day, keep well, Lee.

Mej Baharudin Noryat (Bersara) said...

Yes Mr Lee, thank you for visit my pondok. Yes i was been to the Australian three times at 1984, 1986 and 1988. My last visit to Australia is 2008 together with my big boss - down memeories lane. Saya seronok pergi ke sana tengok tempat latihan disana untuk jadi pakar bom. (I trained there to be a bomb specialist) . thank Mr Lee keep well - Mej Baharudin

Profile said...

Tuan,

ada issue ke tak uniform loreng dengan design khas utk tentera kita kat NZ atau Aust? saya pernah tengok satu design. very nice colouration..RAMD jadi RMR.

Mej Baharudin Noryat (Bersara) said...

Salam saudara freebotterrambo,

Sepengetahuan saya tak ada pula apa yang saudara maksudkan, semasa saya kursus disana saya hanya menggunakan pakaian celoreng kita sahaja. Tak tahulah saya kalau ada tapi saya tak pernah di issue atau pun tengok design baju uyang dibuat. tk

Lina Chan said...

tak sangka boleh tengok gambar papa (mahadie chan) zaman2 muda. hihi. especially masa berkhidmat sebagai tentera.