Wednesday, October 13, 2010

PERMAINAN GOLF KEGEMARAN KU




PENGALAMAN MENJADI SEORANG PEMAIN GOLF SEHINGGA WAKIL PERINGKAT KOR

Kalau nak cerita pasal golf, saya adalah peminat wahid dalam permainan golf. Kalau ada siaran langsung di channel 815 memang saya akan menawan ruang menonton tv dirumah saya hinggakan isteri saya selalu merajuk kerana tak dapat menonton cerita kegemarannya. Kalaulah dalam siaran tu ada pemain sensasi masa kini Tiger Wood memang tak lepas langsung, pukul 3 pagi pun masih berjaga.





Kalau pasal main golf saya pun rasanya bawah sikit daripada Tom Watson agaknya. Saya telah mula bermain golf pada awal 1996, agak lambat juga waktu tu umur dah meningkat kepada 37 tahun tetapi masih kuat lagi.


Main punya main selama ini rupanya permainan golf saya agak menyerlah juga, selalu juga jadi johan dalam permainan bulanan di dalam Kor Jurutera dan lain-lain. Dalam masa 3 bulan memulakan permainan handicap saya dah mula naik dari 24 ke pada 20. Selang beberapa bulan dalam tahun 1997, saya dah mula bermain dengan handicap 18 wow, masa tu rasanya dah agak handal, pukulan pun dah jauh. Kalau main dalam pertandingan pun selalu ada nombor, pendek kata kalau saya bertanding dalam mana-mana pertandingan golf anjuran Kor Jurutera, kawanx dah mula kata saya ni buaya dari Kluang.


Hadiah dan Tropi yang dimenangi


Nampaknya sejak 5 tahun kebelakangan ni permainan saya lagi bertambah baik hingga mencapai handicap 9 (single handicap), lama juga sehingga tahun 2009. Bila umur dan meningkat melebehi 50 tahun, pukulan pun dah mula tak jauh maka handicap pun mula menurun kepada 11 sekarang ni, walaubagaimana pun kegerunan lawan masih ada walaupun buaya tua main masih lagi mendapat perhatian apa tak nya mesti ada nombor 5 ke bawah lagi.

Baru-baru ni dalam pertandingan 3 penjuru antara Kor Jurutera, Kor Semboyan dan Gerak Khas yang diadakan di Starfield Golf & Country Resort pada 7 Ogos 2010, saya masih dapat mengekalkan permainan gross saya dengan 76 pukulan (4 under gross). Tahun lepas pun nombor dua dengan 78 pukulan kalah kepada Kol Dol Ngajis (B) , cukup kuat lagi komando dah berumur tu haha.
Kemenangan yang tak dapat saya lupakan adalah menjadi juara net dalam pertandingan Engr Master yang telah berlangsung di Danau & Country Club UKM Bangi pada tahun 2008. Wah menjadi juara pertama sungguh memberangsangkan. Pernah juga menjadi naib johan dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Bekas Pegawai RAMD di Bangi Golf Country Club pada tahun 2006, terkejut dibuatnya mendapat 9 under masa masih lagi handicap 12, dapat tv 52 inci, wuh terasa hebat betul masa tu sekarang dah lembik.

Set golf kesayangan saya yang telah menyumbang jasa adalah dari jenis Callaway (Kalah all the way kata orang) X 18 graphite yang saya beli dengan harga RM 5600.00 kira-kira 6 tahun yang lepas (tapi banyak jasa). Manakala driver saya guna Taylormade R7 dengan sharpnya ditukar menggunakan Adilla 55 gm, sungguh memberangsangkan. Short iron 47, 53, 56 degree jenis Cleveland memang sangat membantu dengan jarak pukulan yang agak tepat dan jarang tersasar.

Set golf kesayangan saya ibarat menjaga kereta no 2

Kelab saya berlatih adalah di Kelab Rekreasi Seri Delima bertempat di Kem Batu 3 - yang menempatkan Battalion ke 5 RAMD (padang golf dalam kem ). Saya adalah merupakan Handicap Chairman disana. sesiapa yang ingin bermain bolehlah datang dengan bayaran RM15.oo sahaja (boleh main daripada matahari terbit hingga matahari terbenam).



Kejohanan golf tiga penjuru bertempat di Tropicana Golf & Country Club


2 comments:

Lee said...

Hello Mej. Baharudin, I love your pics here...and love golf...but! Ta'pernah main, love to tengok only...bila tu Harimau Kayu main at the US Open or Canada.

Where we are staying there are 8 Golf clobs within radius 5 miles. And bila saya free sometimes go to sungei dekat rumah saya pick up golf balls dalam tu sungei, ta'dalam, boleh nampak.

Saya ada dekat seratus balls now, ha ha. Sebab dekat tu sungei ada tiga golf clubs, saya fikir banyak orang2 main golf still ada 'L' lesen, ha ha ha. Pukul lintang pukang, ha ha.

Minta ma'af, bahasa saya sebelum Merdeka, ha ha, so my bahasa pun handicap dua puluh empat, ha ha.
I am very happy you suda surface macham submarine at my pondok....saya betul sukahati Mej. Baharudin...kita boleh buka cherita, joke joke...

Tengok la kawan2 saya nang tu Senior police officers, suka joke2 kita ketawa....have fun.
You bila senang datang, ya?
Terima kaseh seribu for your kind compliments re isteri saya. Tabek tuan! Ha ha.
Have a nice day, Lee.
ps, wa, you muda lagi.....handsome pun. Nasib baik you and I ta' go on safari for sarongs, ha ha. Habis cherita tu. Lee.

Mej Baharudin Noryat (Bersara) said...

Hello Mr Lee thank you visiting my blog. Dont woried about you Bahasa itu pun dah kira ok because you still remember how to spell in Malaysian language.see you next time at another posting.